Ni saya punya Ceghita !

Assalamualaikum ~

Wo0o0, macam la ada manusia nak jawab salam aku kat dalam blog ni…kah kah kah
Okeh okeh, apa-apapun sesapa yang sudi ‘stalk’ blog aku ni, aku ucapkan tahniah dan terima kasih sebab buang masa korang je baca blog aku ni…huu *touched*

Untuk pertama kalinya, aku nak bagitahu la kan, blog ni terr-wujud disebabkan memenuhi tuntutan kerja essemen yang kelab kokorikulum aku suruh buat je…kelab Pembinaan Laman Maya gtuuu….caner ? rare x kelab ni *wink wink - only in usim :P

So, pikir punya pikir, ok baiklah -*k,fine is too mainstream- aku buat je blog ni…janji dapat A untuk markah kokorikulum aku…haha  :D

Hmm, nak ceghita apa ek ? pishang betol….tapi takpe, untuk ceghita aku yang pertama ni aku nak ceghita pasal diri aku la dulu….ala-ala sharing moment gtuu !! boleh ke tak ni woi yg tengah duk stalk aku tu ?? kalau tak boleh takpe lah……*krik krik krik


*(untuk si stalker yang jawab “ya” je yang boleh baca)

“Tak kenal maka tak cinta, dah kenal jangan jatuh cinta, sebab diri ini dah berpunya…”
Nah ambik kau pantun 3 kerat…ada macam level si Ranjit dalam citer upin-ipin tu tak ?? hahaha…k, tak lawak pun sebenarnya..btw, kata-kata ini aku quote daripada kata-kata PU Rahmat je..hehe

Opps lupa nak habiskan pantun tadi tu ”…kepunyaan Allah tuhan yang satu” =)
Yeaaa….*tepuk tangan please

Dah dah, cukup situ je intro, meh nak ceghita siriyus skit ni :-
Okay, sekarang ini aku tengah belajar kat USIM yang kat nilai,N9 tu haa...alerr, takkan tak kenal kot woi ?? kih3…haa lagi,aku dalam Fakulti Sains dan Teknologi pengkhususan dalam biadang ijazah Bioteknologi Makanan….tp, asalnya mak aku suruh aku masuk dalam bidang agama je...well, kalu ikutkan kehendak aku, memang taknak la sebab ada la benda-benda yang secret ni kalulah aku tak sambung dalam bidang sains…*shhhh

Kalau kengkorang tanya aku asal mana, aku cakap aku asal Kelantan…tapi sebenarnya aku asal dari Sentul, kuala Lumpur…selepas tu barulah aku pindah ke Kelantan time aku nak masuk darjah satu,, camtu haa ceghita dia ! dann disebabkan aku dah lama menetap kat Kelantan tu, maka nya aku lebih selesa guna dialek klatey sapa la lonih ! Hok aloh, tubbik doh heh !! haha...pehey dok ?? =D

~selingan~

Ceghita aku time aku kecik-kecik dulu cam biasa la, sama je ngan kengkorang tu haa,, tp aku pernah jugak la dibuli…#sadStory.. tp malas plak aku nak ceghita pasal tu..lalala
Ok, kita skip bahagian tu ! hmm, nak jadikan ceghita la kan, dari dulu lagi mak ayah aku suka hantar aku kat sekolah agama…start dari skolah rendah smpai la sekolah menengah ! tp disebabkan sebab-sebab tertentu, time sekolah rendah aku masuk sekolah biasa je…time masuk sekolah menengah barulah betol-betol kena hantar kat sekolah agama…
tp agak kecewa jugak la ngan diri aku sendiri ni…hakikatnya luar je yang nampak macam lepasan sekolah agama, tetapi nak jaga benda kat ‘dalam’ ni, Allah sahaja yang tahu susahnye ~
korang rasa macam mana ?? T_T

Sekolah aku dulu tu semuanya untuk budak lelaki je, nama lagi SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanin…memang sah la sekolah untuk lelaki je kann..dulu sekolah ni famous jugak la kat Kelantan n kat mana-mana pun…bila ditanya sekolah kat mana n dengar je jawapan sekolah maahad, tup tup terus expect kita ni arif dalam bidang agama dan pandai bahasa arab bagai…tak dinafikan, dulu memang orang pandang cenggini, tapi lihat suasana sekarang agak susah sikit la…

Eh jap ! aku ceghita pasal sekolah aku ni aku dah ceghita ke tak pasal keluarga aku ek ?? ye tak ye jugak kann, cehh pasal keluarga sendiri pun lupa nak ceghita…hoho ~
so, keluarga aku ada 7 orang je , ayah nama Mohd Ali Hanafiah, mak aku Zaiton ….sorang je pompuan dalam adik beradik aku iatu kakak aku ! sbbtu la perangai dia kasar semacam je…hahaha *sory kutuk =P
n dia sedang belajar kat UIA dalam bidang Medic kat sana, so sesapa nak ehem-ehem ngan kakak aku ni PM me please….tp sayangya kakak aku dah ada crush sendiri ! bUuuu…*melepas la korang….haha ;D

Aku pulak anak ke-2 ! tu je korang perlu tahu pasal aku…koh koh koh 

Adik bawah aku ada 3 orang, sorang belajar kat UIA jugak tp aku lupa plak dalam bidang apa...tp tu ah, aku gelar adik aku ni “hacker berjaya”, peww, dia memang pandai la bab-bab computer ni…dann kalau nak ehem-ehem ngan adik aku ni PM ye ! n seorang lagi sedang belajar kat sekolah menengah yang sama ngan aku jugak…baru je form 3 tp adik aku ni power plak main bola…adoii ! Dan  adik aku yang bongsu baru je umur 5 tahun…so, takda ceghita sangat pasal dia selain sangat comel n manja *jeluz aku !

Yang paling istimewa pasal kitorang adalah nama kami bermula ngan huruf ‘I’ *( ILI, ILMAN, ILHAMI, IDDIN, IRFAN )…aku pun tak tahu apa yang special sangat dengan huruf ‘I’ ni…yg penting nama kami semua sama =)

Lagiiii, aku nak ceghita pasal apa lg haa ? dah kering dah otak aku ni ==”
Aku rasa setakat ni dulu la ceghita aku yang pertama, nanti kalau ada masa aku update plak lerr ceghita aku yang baru ye…*bajet pemes

K, Salam


No comments:

Post a Comment